Posts

Showing posts from September, 2018

Cara Rawat Buasir Terkeluar Dengan Cepat Tanpa Rasa Sakit

Image
Terasa sakit bila membuang air besar? Adakah anda terkena buasir? Apa nak buat bila buasir terjadi? Buasir ialah keadaan dimana salur darah vena membesar , meradang dan membengkak dibahagian bawah rektum dan dubur. Buasir ini amat menyakitkan, pedih, perit dan berasa tidak selesa. Tapi, ramai yang merasa segan dan malu untuk berjumpa doktor bila buasir terjadi. Mereka beranggapan ianya sesuatu yang memalukan. Jika tidak bertindak dari awal ianya akan menjadi bertambah serius dan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah dan memerlukan pembedahan. Buasir terbahagi kepada 2 jenis 1) Buasir dalaman - Buasir dalaman   berlaku apabila salur darah vena membengkak dilapisan dalam rektum . Pesakit buasir akan mendapati ada pendarahan selepas membuang air besar, tetapi tidak sakit . Ada sesetengah pesakit buasir merasakan seperti ada unjuran yang terkeluar daripada dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini akan hilang sendiri, atau perlu ditola