Punca Fibroid Dan Cara Atasinya Tanpa Lakukan Pembedahan
Rasa sakit ketika bersama? Masalah haid yang tak menentu dan berpajangan? Takut untuk membuat pemeriksaan kerana risau risiko yang bakal diterima? Patah semangat bila tahu masalah yang diberitahu bahawa fibroid semakin membesar. Kemungkinan doktor akan suggest dibuang. Tahukah anda punca fibroid dan cara nak atasinya. Fibroid adalah salah satu penyakit yang selalu dikaitkan dengan kaum wanita. Ia melibatkan ketumbuhan pada rahim tetapi tidak agresif seperti kanser dan selalu berlaku pada wanita. Fibroid biasanya terjadi di sekitar dinding rahim walau bagaimanapon ia bukanlah sejenis kanser. Kebanyakkan wanita yang mempunyai fibroid akan mendapat tahu apabila fibroid sudah membesar kerana ia tidak memberi simptom kepada individu yang menghidapnya. Fibroid ini selalu berlaku kepada wanita yang berusia dalam lingkungan 20-40 tahun iaitu umur dimana ia waktu subur wanita. Fibroid ini berkaitan dengan hormon estrogen dan progesteron wanita . Fibroid akan meng