Petua Merawat Parut Jerawat Agar Raya Dengan Kulit Licin.
Wanita dengan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Sanggup amalkan macam-macam petua sebab nak nampak cantik.
Hmmmmm....betul lah kan, mana ada perempuan yang nak kulit terus jadi kusam, tak bermaya, kasar dan tak berseri.
Hmmmmm....betul lah kan, mana ada perempuan yang nak kulit terus jadi kusam, tak bermaya, kasar dan tak berseri.
Entry saya kali ni nak berkongsi sedikit tips/ petua untuk dapatkan kulit cantik,licin dan cerah dengan menggunakan bahan semulajadi.
Cara-caranya ialah;
Cara-caranya ialah;
1)Madu
Madu banyak khasiatnya. Selain untuk di minum, ia juga boleh disapu pada wajah. Wajah akan tegang selepas disapu.
2)Air
Tau kan air adalah sumber semulajadi. Kita perlu mencuci muka untuk membuang kotoran yang lekat pada wajah. Pemakaian alat solek yang mengandungi chemical yang tinggi juga boleh merosakkan wajah.
So...kita perlu membersihkan dulu sebelum tidur.
So...kita perlu membersihkan dulu sebelum tidur.
3)Limau
Anda boleh juga menggunakan limau nipis dengan cara mengosokkan keserata wajah untuk menghilangkan kotoran yang lekat pada wajah. Ia juga membuang sel-sel kulit mati pada wajah.
Kulit akan terasa lembut, segar dan licin selepas dicuci.Paling bagus untuk yang kulit berminyak meggunakannya.
Kulit akan terasa lembut, segar dan licin selepas dicuci.Paling bagus untuk yang kulit berminyak meggunakannya.
4)Buah tomato
Buah tomato juga boleh digunakan untuk melicinkan wajah, merawat jerawat dan jeragat.
Caranya ialah dengan kisar tomato hingga halus. Sapu rata seluruh wajah. Seeloknya dipakai setelah mencuci muka terlebih dahulu. Setelah itu sapu rata dan tunggu hingga kering baru bilas dengan air bersih.

5)Timun
Timun boleh juga digunakan untuk menyegarkan kulit wajah dan menegangkan.Caranya sagat timun dan campurkan dengan tepung ubi.Kacau rata dan sapukan diwajah.Kulit akan jadi cerah dan segar selepas mengunakannya.
6)Telur ayam
Telur ayam juga boleh digunakan untuk membuat masker diwajah.Caranya telur yang dicampur dengan sedikit tepung jagung dan ratakan seluruh wajah.Kulit rasa segar lepas digunakan
.
.
Bahan-bahan semulajadi diatas bukan sahaja murah tapi senang didapati.Kita juga tak perlu risau kulit rosak.Ini sahaja petua yang dapat saya kongsikan bersama anda.Dengan mengamalkan petua-petua ini insyaallah akan membuatkan kulit anda gebu berseri.Dengan penggunaan bahan-bahan semulajadi.
Sekian.....
Comments
Post a Comment