Posts

Showing posts from March, 2017

VITAMIN SHAKLEE CANTIKKAN KULIT

Image
Ada ke wanita yang taknak cantik? Fitrah wanita kot ingin cantik baik segi luaran atau dalaman. Bermacam-macam produk untuk kecantikan dah cuba sebab nak nampak cantik. Tapi jangan sampai salah pilih produk ye. Selain dari pengambilan produk kecantikan, pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat juga perlu diutamakan. Nak tau tak  rahsia kulit cantik dan gebu walaupun tanpa makeup "natural gituuu". Follow entry saya. Saya rekomen set kulit cantik dan sihat dari Shaklee. Set kulit cantik Shaklee yang mengandungi; 1)Sustained Release Vita C Vita c mempunyai kebaikan untuk kulit kerana dapat membentuk dan merangsang kolagen dalam kulit. Vita C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Pengambilan vita c setiap hari  menjadikan kulit anda lebih cerah da menyekat pigmentasi. Pigmentasi adalah punca kepada jeragat. Banyak lagi kebaikan  vita c seperti melancarkan peredaran darah, merawat jerawat, meningkatkan sistem imun, kolestrol, nafas

TIPS JAGA KULIT WAJAH CANTIK UNTUK WANITA.

Image
Kecantikan dengan wanita sememangnya tak dapat dipisahkan, betul tak. Sanggup buat apa saja asal nampak cantik. Wanita sememangnya mementingkan kecantikan tak kira usia, mesti ingin nampak cantik. Ada sesetengah wanita yang malas mengambil berat hal kecantikan kulit sehinggakan kulit nampak kusam dan tak bermaya. Menjaga kecantikan wajah tak memerlukan belanja yang besar sebenarnya. Itu bergantung pada kemampuan masing-masing. Kali ni saya nak kongsi sedikit tip untuk menjaga kecantikan kulit wajah.   Tips merawat dan mejaga wajah adalah: 1)Cuci wajah -kita kena pastikan mencuci wajah secara teratur. Itu adalah kerana untuk menghilangkan kekotoran yang melekat dikulit wajah. Pastikan juga sabun yang diguna adalah organik dan bebas chemical. 2)Guna pelembab Anda boleh gunakan pelembab untuk kulit anda juga. Itu kerana cuaca sekarang yang tak menentu. Menggunakan  pelembab adalah supaya kulit kita tidak kering dan menjaga kelembapan kulit. 3)Guna sunblock - Pengunaan sunbloc

RESEPI NASI AYAM MADU YANG SEDAP DAN RINGKAS.

Image
Kalau sebut Nasi Ayam, tak kira bangsa melayu, cina, india semua pon suka makan betul tak. Tak hairanlah macam-macam jenis resepi nasi ayam yang terdapat di Malaysia. Ada nasi ayam berempah, nasi ayam madu, nasi ayam hainan dan macam-macam lagi. Nasi ayam juga sesuai dimakan tak kira waktu. Lagipon penyediaannya juga ringkas dan mudah. Tak perlu nak fikir masak apa, betul kan. Kali ni saya ingin berkongsi resepi Nasi Ayam Madu dengan anda yang singgah di entry saya. Bagi yang suka dengan rasa manis madu, bolehlah mencuba resepi nasi ayam ni. Buat sendiri lagi menjimatkan tak perlu beli semata-mata nak makan nasi ayam madu. Lagi sedap makan air tangan sendiri, anak-anak mesti sukakannya. Resepi yang mudah,sedap dan ringkas. Jomm cubaa.... Resepi Nasi Ayam Madu Bahan-bahannya... 2 cawan  beras 1 ulas bawang besar 3 ulas bawang putih 2 sudu mentega 2 kiub ayam Sehelai daun pandan Sepeket sup bunjut 1/2 sudu serbuk lada sulah Sedikit sos tiram(perap ayam) 1/2 inci halia

MASALAH YANG BIASA DIHADAPI OLEH IBU BERPANTANG

Image
Anda mengalami masalah ketika berpantang? Jika ya..ikuti tips-tips dari saya. Tidak dinafikan tempoh berpantang merupakan tempoh yang amat kritikal bagi seorang ibu. Ibu bukan saja perlu menjaga kesihatan, malah  berisiko mengalami berbagai-bagai masalah kesihatan. Ada yang membawa maut jika tidak dirawat segera. Ramai ibu zaman moden ni kurang persediaan semasa berpantang. Kali ni saya  nak kongsi beberapa masalah dan cara penyelesaian yang biasa berlaku pada ibu berpantang. 1)Rengat -Rengat ialah kesakitan yang teramat pada perut dan rahim, sama seperti sakit hendak bersalin lagi. Itu adalah kerana darah yang tidak habis keluar bersama uri dan tertinggal didalam rahim. Untuk hilangkan rengat,  ibu perlu bertungku. 2)Bentan -Bentan ialah sakit urat seluruh badan,terasa lemah dan lesu yang disertakan demam. Itu adalah kerana ibu tidak berpantang makan dan minum atau tersepak benda keras. Jika ini terjadi sapu badan yang lenguh dengan minyak angin dan tidur dengan selimut yang

VITAMIN SHAKLEE TERBAIK UNTUK IBU BERPANTANG DAN MENYUSU.

Image
Apa khabar ibu-ibu berpantang. Assalammualaikum w.b.t. Bertemu lagi kita dientry ini. Tercari-cari Produk Penjagaan semasa dalam pantang? Susah nak minum air herba/akar kayu semasa pantang? Nak cantik dan bertenaga semasa berpantang? Ibu-ibu semua...hari ni saya nak share pasal SET BERPANTANG SHAKLEE. Set ni semakin popular masa kini. Set ni juga boleh dimakan walaupun abis pantang. Set berpantang Shaklee ni terdiri daripada: 1)B complex -B complex shaklee mengandungi asid folik yang sememangnya perlu untuk ibu dan bayi. -B complex juga bertindak sebagai penenang stress atau meroyan. -Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikan. -B complex juga meningkatkan fungsi otak dan menukar makanan kepada tenaga. 2)Vitalea -Sangat penting untuk ibu kerana ia membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh yang sukar diperolehi. -Multivitamin yang mengandungi zat besi dan sangat diperlukan oleh tubuh  bagi menghasilkan sel darah  merah  bagi menga

TIPS AMALAN BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK.

Image
Assalammualaikum para ibu-ibu sekalian.Entry saya kali ni ialah tips dan amalan semasa berpantang selepas bersalin. Wanita zaman moden ni, tambah-tambah yang bekerjaya menganggap amalan berpantang adalah perkara yang remeh dan leceh. Mereka menganggap  amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbenkung  adalah amalan yang lapuk kerana  akan melalui tempoh atau jangkamasa yang lama dan itu membosankan. Tapi mereka tidak memikirkan kesan akan datang dek kerana tidak berpantang. Kesan abaikan amalan berpantang mungkin tidak nampak sekarang. Dihari tua nanti mulalah badan menjadi lenguh-lenguh, bisa urat, sakit sendi dan otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Tips untuk amalan berpantang seperti: 1) Jaga kesihatan -Ibu berpantang harus menjaga kesihatan diri. Hubungan seks juga tidak digalakkan dalam tempoh 6 minggu lepas bersalin kerana ibu baru melalui proses bersalin dan memakan masa untuk sembuh luka jahitan bersalin. 2)Makan ikan yang sesuai -Ibu berpantang harus mak

Kek Pandan Cheese

Image
Assalammualaikum w.b.t. Apa khabar akak-akak kat rumah tu. Semoga sihat hendaknya. Tengah masak apa tu? Kali ni saya nak kongsi satu resepi kek yang mudah,gebu, sedap dan cepat. Lagi best resepi ni disukat dengan cawan, senangkan. Tak perlu nak cari penyukat bagai, betul tak. Sebenarnya saya nak kongsi resepi Kek Pandan Cheese ngan akak-akak dirumah. Kek ni pon boleh dimakan semasa minum petang atau bila-bila jer. OK...JOMMMM BUAT KEK😄😄 Kek Pandan Cheese. Bahan-bahannya: 3 biji telur 1 sudu kecil ovalette 1 sudu kecil esen vanila 1 cawan gula(taknak manis kurangkan) 1sudu  kecil perasa pandan 1-2 titik pewarna hijau 1/4 cawan susu cair 1 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1/4 cawan minyak Cara-caranya Telur, gula, esen vanila, perasa pandan dan pewarna hijau dipukul hingga gebu dan kembang. Setelah itu masukkan susu cair dan kacau lagi. Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder dan ovalette  kedalam adunan. Sebatikan. Kemudian masukkan minyak

KESAN ATAU MASALAH BILA BERSUKAN.

Image
Bersukan memang seronok selain itu kita dapat jaga kesihatan diri dan kecerdasan badan kita. Selepas bersukan kita akan rasa segar bertenaga. Tapi tahukah anda ada masalah juga disebalik bersukan iaitu kekejangan otot. Persoalanya bagaimana kekejangan otot boleh berlaku? Kekejangan Otot. Kekejangan otot merupakan pengecutan otot yang tak terkawal menyebabkan otot tidak dapat berehat secara normal. Namun begitu apabila terdapat  jaringan otot yang secara tiba-tiba mengecut secara tak terkawal akan menyebabkan ketegangan otot. Punca ketegangan otot. Terdapat banyak punca otot menjadi kejang, antaranya: - Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh kesan dari peluh. -Kurang melakukan aktiviti  memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti. -Pergerakkan yang berulang-ulang dan menyebabkan otot menjadi letih. -Aktiviti sukan yang lasak. Gejala-gejala kekejangan otot. Sakit yang teramat pada otot hingga menyebabkan berhenti dari meneruskan aktiviti sukannya. -Otot yang terlibat men

KELEBIHAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK ATLET SUKAN.

Image
Sapa kata bersukan  tak perlu ambil vitamin? Sebenarnya  vitamin sangat penting untuk ahli sukan sebagai penambah tenaga. Saya paling rekemen Vitamin Shaklee kerana ia vitamin yang lengkap dengan nutrisi keperluan badan . Ada beberapa jenis  vitamin Shaklee yang membantu  kita kekal bertenaga untuk bersukan antaranya; 1)Performance Drink Membantu mengekalkan cecair dalam badan kita supaya tak dihidrasi selain fungsinya seperti 100 plus minuman isotonik. Juga membantu mengekalkan karbonhidrat,tenaga dan stamina dalam mengekalkan paras gula dalam darah dan memberu tenaga sepanjang hari. 2)Energizing Soy Protien. Esp merupakan sumber protien yang rendah glisemiknya. Esp membantu kita dalam memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti sukan. Tenaga sangat penting supaya kita rasa lebih bersemangat untuk bersukan. 3)B complex Penting untuk ahli sukan. Selain berfungsi untuk mengelak stress, B complex mengandungi vit B1 untuk melancarkan peredaran darah dan vit B 12 membantu menukark

TIPS SIHAT CERGAS DENGAN BERSUKAN

Image
Pernah tak anda rasa kurang stamina atau tak bersemangat untuk bersukan? Bersukan sememangnya penting untuk kesihatan diri kita seharian. Dengan bersukan badan akan menjadi sihat dan cergas. Tak semestinya bersukan hanya untuk kuruskan badan sahaja. Kenapa bersukan itu penting? Sebenarnya jika kita kurang stamina  atau bersukan, otot akan jadi lemah. Dengan bersukan  otak juga akan mudah berfikir sebab otak dah fresh lepas lakukan aktiviti. Biasalah kan lepas bersukan badan akan jadi penat tapi jangan lemah semangat  untuk terus bersukan. Walau hanya berjalan itupun sudah dikira bersukan. Sebenarnya entry saya kali ni nak bagi tips bersukan yang boleh anda amalkan. Antaranya; 1)Minum air secukupnya. Orang yang bersukan perlu minum air secukupnya sekurang-kurangnya 3 liter  supaya  badan terasa segar dan cukup oksigen. 2) Makan makanan seimbang. Mereka yang bersukan juga perlu makan makanan seimbang untuk membantu mendapatkan tenaga yang berpanjangan dan lengkap dengan zat,