MASALAH KESIHATAN KANAK-KANAK.
Hai ...apa khabar.
Harini saya nak cerita sikit tentang anak-anak yang sering demam.
Bila anak tidak sihat mereka akan murung dan tidak ceria, susahkan hati kita sebagai ibubapa. Olehitu
Sebagai ibubapa kita harus peka akan kondisi mereka.
Apa itu demam?
Demam ialah satu infeksi atau reaksi tubuh badan kepada jangkitan virus atau bakteria. Olehitu, suhu badan meningkat akan menyebabkan organisma asing yang masuk kedalam badan tidak boleh bertahan sekaligus menjadikan anak anda demam.
Bagaimana pun bukan semua demam memerlukan ubat. Jika anak
anda aktif, makan dan minum susu, anda tidak perlu risau sebab dalam 2-3 hari demamnya akan kebah.
Cara meredakan demam.
1)Pastikan anak betul-betul demam kerana suhu badan manusia berubah-rubah mengikut waktu dan keadaan badan, olehitu dapatkan termometer untuk menyukat suhu kepanasan anak anda.
2)Guna kaedah menjelum kepala anak. Menjelum kepala anak adalah satu alternatif untuk menurunkan suhu badan anak anda.
Cara menjelum
Ambil air suam dan letak dalam besen. Basahkan 3 helai tuala dalam besen air tadi. Kemudian perahkan sehelai tuala dan lap kepala anak perlahan-lahan menggunakan tuala basah yang pertama.
Lapkan tuala yang ke-2 pada kedua-dua ketiak dan biarkan dicelah ketiak. Akhir sekali lap air suam pada celah peha dan kaki dan biarkan seketika. Ulangi langkah tersebut selama 30 minit.
3) Berikan anak ubat demam mengikut dos dan waktu yang ditetapkan.
4) Mengalakkan anak minum air dengan banyak kerana ia boleh mengurangkan panas badan.
5)Pakaikan anak dengan pakaian nipis.
Ibubapa digalakkan memakai anak dengan pakaian nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu panas anak. Kain kapas lebih selesa kerana ia menyerap peluh dengan baik dan anak juga akan rasa selesa.
Sekian saja entry saya kali ini.
Ingin dapatkan vitamin untuk anak anda boleh pm saya di 0182438493.
#ejenshakleelembahklang
#sid1222250
Comments
Post a Comment