MASALAH YANG BIASA DIHADAPI OLEH IBU BERPANTANG
Anda mengalami masalah ketika berpantang?
Jika ya..ikuti tips-tips dari saya.
Tidak dinafikan tempoh berpantang merupakan tempoh yang amat kritikal bagi seorang ibu. Ibu bukan saja perlu menjaga kesihatan, malah berisiko mengalami berbagai-bagai masalah kesihatan. Ada yang membawa maut jika tidak dirawat segera. Ramai ibu zaman moden ni kurang persediaan semasa berpantang.
Kali ni saya nak kongsi beberapa masalah dan cara penyelesaian yang biasa berlaku pada ibu berpantang.
1)Rengat
-Rengat ialah kesakitan yang teramat pada perut dan rahim, sama seperti sakit hendak bersalin lagi.
Itu adalah kerana darah yang tidak habis keluar bersama uri dan tertinggal didalam rahim. Untuk hilangkan rengat, ibu perlu bertungku.
2)Bentan
-Bentan ialah sakit urat seluruh badan,terasa lemah dan lesu yang disertakan demam. Itu adalah kerana ibu tidak berpantang makan dan minum atau tersepak benda keras.
Jika ini terjadi sapu badan yang lenguh dengan minyak angin dan tidur dengan selimut yang tebal.
3)Sembelit
Kesukaran membuang air besar kerana kesan jahitan masih baru, kurang minum air dan ibu masih fobia ke tandas. Itu kerana ibu kurang makan makanan yang berprotien tinggi dan tinggi kandungan serat.
4)Bengkak susu
Bengkak susu mungkin bayi kurang menyusu. Jika ini terjadi ibu perlu tuam dan urut disekitar kawasan yang bengkak. Kemudian perah keluar susu melalui perahan tangan untuk mengurangkan bengkak susu.
5)Depresi/tekanan
-Ibu berpantang kebiasaannya mengalami tekanan atau stress. Oleh itu sokongan dari suami, keluarga dan rakan-rakan yang positif sangatlah diperlukan oleh ibu berpantang. Harus pastikan emosi ibu stabil dan sentiasa tenang.
6)Jangkitan kuman
-Jangkitan kuman pada luka bersalin selain daripada pundi kencing. Jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka dibahagian kemaluan dan luka disebabkan pembedahan dan luka pada pada rahim. Jagaan kebersihan pada tempat-tempat luka amat penting untuk mengelakkan jangkitan kuman. Penting untuk ibu meningkatkan sistem pertahanan diri supaya jangkitan kuman dapat dielakkan. Pengambilan makanan seimbang juga perlu dititikberatkan bagi ibu berpantang, oleh itu ibu perlu jaga kebersihan pada luka bersalin.
Setiap masalah hendaklah segera mendapatkan rawatan. Sokongan suami dan ahli keluarga amatlah diperlukan ketika ibu menjalani tempoh berpantang. Memang penjagaan selepas bersalin sangat penting. Senang cerita rajin-rajinlah ibu bertungku dalam pantang dalam pantang dan jangan malas berbengkung. Kesihatan ibu sangatlah penting kerana ibu perlu menjaga bayinya juga.
Saya syorkan ambillah Set Berpantang Shaklee supaya ibu dapat nutrisi secukupnya, tenaga dan luka cepat sembuh. Dan yang penting membantu penyusuan ibu dan rahim ibu cepat sembuh dan mengecut.
Setakat ini sahaja entry saya kali ini. Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna, jemput like dan share entry ini.
Sekian terima kasih.
Inginkan set berpantang shaklee boleh hubungi saya di 0182438493.
Comments
Post a Comment