Tanda-Tanda Buasir- Usah Pandang Ringan Dengan Penyakit Buasir

Tahukah anda apa itu Buasir?

Buasir ialah keadaan dimana salur darah vena membengkak di bahagian rektum dan dubur. Bengkak ini menyebabkan pendarahan ketika penghidap buasir mengalami sembelit atau bila najis keras bergesel dengan bahagian dubur yang membengkak. Pesakit buasir akan merasa tidak selesa di bahagian dubur semasa melalui proses pembuangan.






Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir luar dan buasir dalam.




Buasir Dalaman

Ia tidak berasa sakit atau gatal kerana ia terletak jauh kedalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi bila kita meneran semasa membuang air besar, ia boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkan berdarah.


buasir dalaman


Buasir Luaran

Berlaku apabila salur darah vena membengkak di bahagian bawah kulit dubur. Pesakit akan mengalami simptom seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Ia juga memerlukan perhatian dan rawatan lanjut kerana kesakitan itu menganggu aktiviti kita. Pesakit akan berasa sakit sangat apabila buasir yang membengkak bergesel dengan najis yang hendak keluar.

buasir luaran



Tanda-Tanda Buasir

-Rasa sukar untuk membuang air besar.
-Pendarahan sebelum dan selepas membuang air besar.
-Bengkak dan gatal di bahagian dubur kebiasaannya selepas membuang air besar.
-Rasa tidak selesa di bahagian dubur.
-Rasa sakit di bahagian dubur.



Punca Buasir

-Kerap sembelit sehingga terpaksa meneran dengan kuat untuk membuang air besar.
-Mengalami cirit-birit untuk tempoh yang agak lama.
-Kurang mengambil makanan yang tinggi kandungan seratnya.
 -Kurang minum air.
-Berat badan berlebihan.
-Mengandung atau bersalin.

sembelit punca buasir




Rawatan Buasir

Jika terdapat Tanda-Tanda Buasir seperti diatas sebaiknya dapatkan segera nasihat daripada doktor untuk mengesahkan sama ada buasir. Jika memang sah buasir sebaiknya usaha terus merawat. Jangan ditangguh kerana takut bertamba teruk.

Terdapat banyak cara merawat buasir. Selain perubatan moden, perubatan tradisional juga boleh digunakan, yang penting kita mencuba.

Anda juga boleh mengambil suplement dari shaklee iaitu Herbalax.

Herbalax membantu melancarkan pembuangan anda tanpa rasa sakit. Herbalax juga mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit.






Jika anda ingin mencuba Herbalax boleh hubungi saya di 0182438493-yus.



Comments

Popular posts from this blog

Pengedar Shaklee Aktif Kuala Lumpur, Ejen Vivix Dan Youth Shaklee

Cara Menjaga Kecantikan Kulit Muka Tanpa Bahan Kimia.

Promosi Omega Guard November 2018 - Minyak Ikan Terbaik Dan Paling Laris Abad Ini