Kek Pandan Cheese

Assalammualaikum w.b.t.
Apa khabar akak-akak kat rumah tu.
Semoga sihat hendaknya. Tengah masak apa tu?
Kali ni saya nak kongsi satu resepi kek yang mudah,gebu, sedap dan cepat. Lagi best resepi ni disukat dengan cawan, senangkan. Tak perlu nak cari penyukat bagai, betul tak.

Sebenarnya saya nak kongsi resepi Kek Pandan Cheese ngan akak-akak dirumah. Kek ni pon boleh dimakan semasa minum petang atau bila-bila jer.
OK...JOMMMM BUAT KEK😄😄


Kek Pandan Cheese.

Bahan-bahannya:

3 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan gula(taknak manis kurangkan)
1sudu  kecil perasa pandan
1-2 titik pewarna hijau
1/4 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 cawan minyak

Cara-caranya

Telur, gula, esen vanila, perasa pandan dan pewarna hijau dipukul hingga gebu dan kembang. Setelah itu masukkan susu cair dan kacau lagi. Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder dan ovalette  kedalam adunan. Sebatikan.
Kemudian masukkan minyak kedalam adunan. Kaup balik sahaja.

Panaskan kukusan. Isi adunan kedalam loyang 8cm yang sudah disapu minyak dan kukus selama 35 minit  atau sehingga ia masak.
Setelah masak, biarkan selama 5 minit kemudian terbalikkan diatas redai. Bila sejuk baru letakkan topping.



Bahan-bahan topping

1 cawan cream cheese
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Kacau sebati dan tuang keatas kek.
Parut sedikit cheddar cheese ke atas kek.
Dah siap dan kek pandan cheese dan boleh dimakan.



Mudah tak resepi saya kali ni.
Nampak menyelerakan tak. Akak-akak kat umah boleh cuba wat untuk kuarga tesayang ye.
Ok..sekian terima kasih.

#ejenshakleelembahklang
#sid1222250




Comments

Popular posts from this blog

Pengedar Shaklee Aktif Kuala Lumpur, Ejen Vivix Dan Youth Shaklee

Cara Menjaga Kecantikan Kulit Muka Tanpa Bahan Kimia.

Promosi Omega Guard November 2018 - Minyak Ikan Terbaik Dan Paling Laris Abad Ini