RESEPI NASI AYAM MADU YANG SEDAP DAN RINGKAS.

Kalau sebut Nasi Ayam, tak kira bangsa melayu, cina, india semua pon suka makan betul tak.

Tak hairanlah macam-macam jenis resepi nasi ayam yang terdapat di Malaysia. Ada nasi ayam berempah, nasi ayam madu, nasi ayam hainan dan macam-macam lagi. Nasi ayam juga sesuai dimakan tak kira waktu.
Lagipon penyediaannya juga ringkas dan mudah.
Tak perlu nak fikir masak apa, betul kan.

Kali ni saya ingin berkongsi resepi Nasi Ayam Madu dengan anda yang singgah di entry saya.
Bagi yang suka dengan rasa manis madu, bolehlah mencuba resepi nasi ayam ni.
Buat sendiri lagi menjimatkan tak perlu beli semata-mata nak makan nasi ayam madu.
Lagi sedap makan air tangan sendiri, anak-anak mesti sukakannya.
Resepi yang mudah,sedap dan ringkas. Jomm cubaa....

Resepi Nasi Ayam Madu

Bahan-bahannya...

2 cawan  beras
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu mentega
2 kiub ayam
Sehelai daun pandan
Sepeket sup bunjut
1/2 sudu serbuk lada sulah
Sedikit sos tiram(perap ayam)
1/2 inci halia
1/2 ekor ayam
Sedikit madu(perap ayam dalam 5-10 minit dan goreng)

Cara-caranya

Bersihkan ayam. Potong ikut suka. Tumbuk bawang putih dan halia.
Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang. Masukkan air , ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masak sehingga ayam
Masak. Keluarkan ayam dan perap dengan madu dan kicap pekat. Ketepikan.
Basuh beras hingga bersih. Kemudian ambil sup ayam tadi sebanyak 2 cawan. Masuk dalam beras dan masak. Letak daun pandan, bawang merah  dan mentega.
Masak sehingga nasi masak.



Kuah cili

Bahan-bahan
5 biji cili besar
Sedikit sos cili
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Secukup perasa

Bahan-bahan ni di blender hingga halus dan letak perasa secukupnya.



Bahan-bahan kicap
Ambil sup sedikit dan campur dengan kicap pekat sedikit.
Masak sekejap atas api perlahan.

Tadaaa.....semua dah siap.
Dah boleh makan.




Senangkan resepi nasi ayam madu ni. So anda boleh cuba buat sendiri.
Anak-anak mesti suka makan.

Nasi Ayam Madu sesuai dimakan bila-bila masa. Tak jemu makan nasi ayam madu ni.
Sekian sahaja resepi dari saya.

#ejenshakleelembahklang
#sid1222250







Comments

Popular posts from this blog

Pengedar Shaklee Aktif Kuala Lumpur, Ejen Vivix Dan Youth Shaklee

Cara Menjaga Kecantikan Kulit Muka Tanpa Bahan Kimia.

Promosi Omega Guard November 2018 - Minyak Ikan Terbaik Dan Paling Laris Abad Ini