TIPS AMALAN BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK.

Assalammualaikum para ibu-ibu sekalian.Entry saya kali ni ialah tips dan amalan semasa berpantang selepas bersalin.

Wanita zaman moden ni, tambah-tambah yang bekerjaya menganggap amalan berpantang adalah perkara yang remeh dan leceh.
Mereka menganggap  amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbenkung  adalah amalan yang lapuk kerana  akan melalui tempoh atau jangkamasa yang lama dan itu membosankan.



Tapi mereka tidak memikirkan kesan akan datang dek kerana tidak berpantang. Kesan abaikan amalan berpantang mungkin tidak nampak sekarang. Dihari tua nanti mulalah badan menjadi lenguh-lenguh, bisa urat, sakit sendi dan otot, sakit pinggang dan kebas tangan.



Tips untuk amalan berpantang seperti:

1) Jaga kesihatan

-Ibu berpantang harus menjaga kesihatan diri. Hubungan seks juga tidak digalakkan dalam tempoh 6 minggu lepas bersalin kerana ibu baru melalui proses bersalin dan memakan masa untuk sembuh luka jahitan bersalin.

2)Makan ikan yang sesuai

-Ibu berpantang harus makan ikan yang sesuai waktu berpantang seperti ikan haruan, yu dan gelama.Ibu berpantang dilarang makan ikan masin kerana menyebabkan darah nifas berbau busuk.
Ikan yang tidak boleh dimakan sewaktu dalam pantang harus dielakkan supaya tidak jadi bentan atau alahan.



3)Makan ulaman

- Ibu  berpantang digalakkan makan ulaman antaranya cekur, bunga kantan, daun kesum, pucuk mengkudu, daun sekentut, cemumur, daun kari, kunyit hidup, halia dan daun pudina kerana khasiatnya.
Dilarang makan sayur yang menjalar.
Minuman bergas juga dilarang semasa berpantang.
Semua itu akan mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan sendi lemah.



4)Masalah emosi
-Kebiasaan ibu berpantang mengalami depresi atau tekanan perasaan. Tekanan memang wujud dari ibu mengandung hingga melahirkan. Tekanan fizikal dan mental yang kuat pada ibu hamil dan berpantang akan meyebabkan
kemurungan dan yang lebih teruk lagi mengalami sakit jiwa.

5) Berbengkung

-Pemaian bengkung bagi ibu hamil yang bersalin normal  adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin.
Bengkung yang baik dan menutupi paras dada hingga pinggul adalah untuk memberi sokongan yang kukuh keatas rahim. Seeloknya dipakai setiap hari selagi berpantang.



6)Urutan tradisional

-Berurut adalah untuk mengeluarkan angin dari badan. Urut juga boleh membetulkan perjalanan darah dan melawaskan nifas yang tersekat. Dengan berurut juga boleh menenangkan emosi ibu berpantang.
Dilarang menekan atau memaksa  menolak peranakkan dalam templn 2 minggu.



Banyak lagi amalan yang baik yang boleh diikut dalam proses  ibu berpantang. Bagi masyarakat melayu, berpantang merupakan amalan yang mesti diikuti kerana ia tradisi turun temurun dan memastikan badan sihat bertenaga.
Jika mahu badan sihat amalkan berpantang selepas melahirkan.
Sekian tips saya kali ini....terima kasih.

#ejenshakleelembahklang
#sid1222250
#0182438493







Comments

Popular posts from this blog

Pengedar Shaklee Aktif Kuala Lumpur, Ejen Vivix Dan Youth Shaklee

Cara Menjaga Kecantikan Kulit Muka Tanpa Bahan Kimia.

Promosi Omega Guard November 2018 - Minyak Ikan Terbaik Dan Paling Laris Abad Ini